BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 11, 2011

hujan air mata

lewat aku zohor hari ni, sumanya gara2 aku tertido.. 

Ya Allah ampunkan hambaMu ini asyek leka dibuai dunia yg fana..
anyway Alhamdullillah aku masih mampu bernyawa dan masih mampu berdoa kepadaMu Ya Allah.
syukur Alhamdullillah.. :-)
sguh aku terharu kerna masih diberikan peluang utk meneruskan perjalananku di dunia ini.

uhh! apakah yg aku rasakan ini? Ya Allah selepas aku memanjatkan doaku padaMu
diatas sejadah yg terukir Kaabah itu.
mengapakah perlu terdetik di hatiku untuk melihat sebuah kotak di sebelah kananku?
mengapakah??
di atas sejadah itu, aku menarik keluar kotak yg terselit di tengah2 buku-buku itu
aku lihat plastik pembalut kotak itu masih cantik, masih terasa baru sahaja
perlahan-lahan hatiku terbayangkan seseorang
seseorang yg pernah satu ketika dahulu
banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepadaku
mencuba membimbing aku mengenali dunia yg penuh dugaan ini

dihujung kotak itu, terselit sebuah nota
"selamat hari lahir yg ke 22, semoga Allah memberkati setiap apa yg ampa lakukan"
dibwahnya terukir tulisan jawi yg tertera "roket kertas"
Ya Allah syahdunya ptg ni, dengan suasana hujan yg lebat di luar sana
Kau putikkan kembali hatiku melihat kembali kenangan dulu
aku terus beranikan diri, membuka kotak yg sebesar buku itu
perlahan-lahan aku menarik keluar sebuah bingkai gambar
bingkai yang penuh makna satu ketika dlu,
sewaktu org lain sibuk menghadiahkan aku barang-barang yg 'berharga'
dia telah menghadiahkan aku sebuah keikhlasan dari sebuah hati yang sedang mencuba
memiliki sebuah hati untuk di jaga

sebak tetiba! ya Allah, mengapa aku perlu menangis melihat kenangan dlu?
mengapa aku perlu menangis di atas sejadah Mu?
aku lihat lukisan di dalam bingkai gambar itu, walaupun tidak secantik lukisan pelukis handalan
tp kau  tetap mencuba..................
ya Allah benarkah jalan yg telah aku pilih ini?
ya Allah benarkah setiap yg berlaku ini telah tertulis dalam skrip hidupku?
mengapakah aku sering dikurniakan orang-orang yang begitu mulia?
begitu menghormati indahnya ciptaan Mu
titisan air mataku makin lebat selebat hujan Mu diluar
aku tidak tahu apakah perasaan ini
dlu hatiku sekeras kerikil di tepian pantai
kini aku lemah tak berdaya
kini aku makin terjatuh dan hanyut dalam sebuah dunia
dunia yg aku belum pasti apakah penghujungnya

setelah apa yg berlaku padaku kini
sedarlah aku akan balasan atas apa yg pernah aku lakukan
dahulunya aku sering melukakan hati2 insan-insan yang mulia menyintai dan menyayangi aku
aku sering mengabaikan dan tidak menghargai apa yg telah Engaku berikan 
kini aku merasakan lah segalanya
segala sakit yg pernah aku ciptakan untuk mereka
hanya cinta padaMu yg akan kekal abadi
hanya cinta padaMu yang mampu membahagiakan aku
Ya Allah berikanlah aku peluang utk mendapatkan segalanya kembali
menebus kembali segala kesalahanku dulu
aku tidak mahu lg rasa ini menyiksa jiwaku
aku tidak mahu lagi jatuh dalam penderitaan ini
aku sedar aku hanya insan yang lemah dan tidak layak menyimpan dendam 
kerna dendam dendam lama itu lah yang akan menjatuhkan aku
dendam itu pusaka syaitan, musuh agamaku

Ya Allah jauhilah aku dari segalanya
andainya hari ini aku masih mampu bertahan dengan hidupku
dengan ceritera cinta yg telah Kau ciptakan ini
aku terima Ya Allah walaupun semakin hari aku semakin takut akan perasaan ku
setiap saat aku bernafas lemah kerna kejadian hari semalam
aku dihantui rasa yg tidak menyenangkan
aku dihantui rasa yg menakutkan 
aku dibayangi rasa bersalah terhadap insan-insan yg pernah aku kenal satu ketika dahulu
aku dibayangi rasa takut utk mempercayai cinta yg telah kau anugerahkan

my heart said:
im so sory sayang, i dah berusaha utk menjaga segalanya
i harap u terima i seadanya
andai u tak mampu, i lg tak mmpu nak teruskan segalanya
i tatau sampai bila i mampu bertahan, i harap u bule bantu i,
bantu i mempercayai cinta ini kembali
bantu i bangun dan hidup dalam keindahan cinta yg telah diberikan ini
bantu i melupakan kisah luka yg pernah u ciptakan
bantu i agar tidak berdendam dengan u

maafkan i sayang
mungkin i masih keliru dengan cara dan cinta u

maafkan i sayang
mungkin i masih dihantui rasa sakit ditinggalkan u

maafkan i sayang
andai i dah tak mampu hadir seperti dlu dalam hatimu

maafkan i sayang
maafkan i




0 comments: