BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 30, 2011

malam ini

malam ini
malam ini aku
malam ni aku nak bermimpi 
KAMU


aku sedang ingin bercinta kerana
mungkin ada kamu disini aku ingin...


" aku demam, aku nak mcm2!
 aku nk makan buah rambutan, kakyun pun tlg carikan!
nk makan cucuq cempedak, mak gorengkan!
aku nak makan ikan bakar, mak pun p la beli pastu adam & kakyun tlg bakarkan!
aku nk mnm ayaq sarsi yg abah tuangkan, abah pun tuang la dlm gelas!
aku nk tido dalam bilik abg, abg pun tido luaq la!
ada lg satu aku nak, tp tak tercapai!
AKU NAK ADA INCIK TUNANG DISISI AKU SKRG!..."
tp tak bule, sbb dia jauh
aku RINDU sgt2
saat2 aku mcm ni mmg aku kuat MERAP




tp dia mcm tak pedulikan aku
dia sms cakap tak bz
tp bila msg lmbt, bila call pun lembap
aku ini mcm mana?
sapa nk pedulikan ni??
abes dah satu famili aku da aku kacu
now aku nk dia la pulak
arghhhhhhhh..


alo incik tunang!
mayb lu bulum tau lu punya amoi ni manyak MERAP la
maybe dia tak penah merasa aku saket mcm mana kan
sebelum ni aku saket aku diam diam ja
aku merap kat mak n abah n abg ja
now aku dah ada dia
mau tamau kena trima la
aku mmg sgt mcm ni. ahaks
bajet baby!
even da beso tp mmg aku bajet baby ok
layan taklayan
mmg aku begitu ok


Thursday, July 28, 2011

pesanan buat kekasih

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.



Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.



Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.



Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.



Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

Tuesday, July 26, 2011

selamat kembali sayang


~aku cinta kamu~
intro 


Semalam hari terakhir duniaku kelam
Bertentang mata denganmu sayang
Jiwaku tenteram

Kemarau dalam jiwaku telah dihalau
Hanya dengan hadirnya diri kau
Jiwaku tak kacau


dear blog,
lamanya aku tak menaip kan, lama sgt aku tinggaikan kau kan,
musti kau dah igt aku da lupakan kau kan sayang.
ohhh TIDAK!
aku masih seperti dulu
cuma waktu tidak mengizinkan aku bersamamu 
tapi skrg aku kembali menemani mu sayang... cinta 


heyyaaaa blog,
mcm2 terjadi saat aku tinggaikan kau
byk cita duka, byk cita gembira...

hola, tp....
aku masih begitu, masih berada diawangan
masih menanti sinar kebahgiaan dan bayangnya pun sudah kelihatan
namun masih jauh lg perjalanan, 
di suatu sudut kehidupan, aku telah merelakan satu penantian..

nk recall blk, pastu tulis blk satu satu.. huhuhuhu
mcm besh ja kan kan kan kan 

Wednesday, July 20, 2011

a long TIME ago

pstttt.. lamanya tak bukak blog!
opss! aku SANGAT bz..

byk cita aku tak dan nak update
byk menda aku takdan nak SHARE kan
aku GUMBIRA aku SEDIH suma trus direct ke cik ABANG la skrg
tu sbb takdan bukak blog ni
(*_*)

ohh chenta
ohh kaseh
ohh bulan
ohh bintang
ohh sayanggg.....


hadirmu memenuhi segalanya
masam manis kehidupan
suka duka sumanya ku rasa