BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 27, 2017

2017

Sunday, July 5, 2015

hi hidup lagi blog kisah aku. harap sampai aku mati ada la blog ni. boleh la anak aku tgk dan baca kisah mummy dia yang masyam nih, hahahaha

Wednesday, November 27, 2013

hati bukan utk disakiti

maaf dunia. aku terpaksa. hanya mampu mengukir kata


imbas kembalii..
0-9bulan10 hari : dalam perut mak
0-5tahun : dalam jagaan mak dan abah
6tahun : tadika kemas
7-12: sek ren keb seri gunong
13-15 : sek men keb seri gunong
16-17 : sek men tek arau
18-24 : Maktab Perguruan
24-25 dan seterusnya : aku dah berkahwin


aku menulis dengan airmata, siapa sangka, aku menderita
aku menulis bukan menagih simpati, hanya meluahkan isihati

dulu namaku begitu teguh berusaha utk mengubah nasib famili. walau pun cita-cita ku menjadi askar ditentang mak aku sendiri tapi aku tak pernah mengalah. hingga satu saat aku sedar doa ibu mudah dimakbul. akhirnya aku akur dgn permintaan mak aku yg nak aku menjadi seorang guru. walaupun susah utk mengorbankan cita-cita namun semuanya menjadi mudah kerna aku melangkah bersama doa seorang ibu.

"mak! nnt bila cek jadi cikgu, kita p bercuti macam orang lain nah. pastu kita naek keta abah, cek nak beli keta waja kat abah satu. pastu cek tlg perbaek umah mak ngan abah sikit2. abah takyah keja la, kita share duit gaji sama2. kesian abah dah lama sgt keja teruk. kesian mak slalu sgt kena pandang rendah ngan org ja"

"kita buleh p mkn kat luaq skali skali, abah takyah susah2 nak menarik, nak tgu org tolak reta. mak pun takyah susah angkat caca p juai, buat keja itu buat keja ini".

"insya-Allah satu hari nanti cek nak TOLONG mak ngan abah menikmati saki baki hari tua"

1 Julai 2013

aku diterima menjadi seorang guru!!!


6 tahun penantian aku dan keluargaku. siapa tahu???
dulu kami miskin, tak makan, tak berduit. sapa tahu? mak ke sana ke sini cari duit, abah ke sana ke sini cari duit sapa tahu!!! org tak penah lalui takkan rasa apa yg aku rasa!! org lain bawak duit ke sekolah, kami tak bawak sapa tahu!! org tau cakap, oloh kami dulu pun susah, kami pun mcm tu, kmi pun mcm ni!! lantaklah kau nak itu ini apa ka. yg aku tau misi dan tujuan aku nk jadik cikgu. di samping mencurah bakti kepada murid2 sekolah, aku nk memberi penghargaan kepada abah dan mak aku. orang lain takkan rasa apa yang aku rasa.. penantian yg aku dan kami semua tgu takdak makna rupanya. sebab aku dah berkahwin. woooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo


scene 1 "sy mintak izin beli keta kat abah sy"
jwpn: diammm selama beberapa minggu.. masam selama beberapa bulan

scene 2 "sy dh decide nk beli keta saga kat abah saya, saya dah dpt keja"
jwpn: utamakan famili, jgn pikiar famili org laen(ok mak abah aku kotttt famili org lain tu)

scene 3 "sy dah beli keta"
jwpn: famili kita tak ckup duit. semua salah famili hg yg mengikis. bayar kereta bapak hg ada duit, nk bg aku takdak duit!! (wo perlu ka mengungkit? duit aku kan, tak sentuh langsung duit org lain)

scene 4 "sy ada duit, amiklah semua duit saya. saya tolong awak setel semua"
jwpn: aku tak ikhlas buat semua menda ok. aku kawen ngan hg ja. org laen aku tamau amek tau. stop!

awak, awak, awak, awak

scene 5 "hoi mak hg ni doakan kita jahat, sampai gaji pun dah tak berkat, gaji 5k dh mcm 1k ja"
sampai mcm tu bahasa awak. ok ok ok
(igt pesan abah dan mak, sabar itu indah sayang)

awak tanya, sy jawab. (awak kata sy melawan), awak tanya, saya tak jawab. (awak kata sy kurang ajar, terus awak tangankan saya)

andai awak tahu yg saya berusaha selama ni bukan utk awak. duit gaji sy guna bayar kereta ja, duit gaji saya yg lain? duit saya bisnes? duit sy esaimen? kenapa awak tak ungkit yg awak pun mengikis saya?? awak tau satu sen pun saya tak sempat menyimpan, sbb awak kata saya tak perlu menyimpan, saya tak layak menyimpan. tp awak sendiri menyimpan takpa. 

saya igt saya dapat seorang suami yg memahami, saya tak kisah nak bantu awak kalu awak perlukan bantuan saya, sebab kita satu famili tp tolonglah hormat sy, jgn tau nak tangankan saya, jgn tau nk maki saya. cukuplah selama 2 tahun kita melayari semuanya, saya dah mula kenai hati budi, awak pun dah mula kenai hati budi saya, awak sendiri cakap saya kayu, saya bodoh, saya lurus. sbb tu awak pun pijak kepala saya. 


saya akan bersabar dan terus bersabar melihat telatah awak. semoga Allah merahmati awak
kerna saya tau syurga seorang isteri pada suaminya. tetapi andai suaminya berlaku salah??

kisah ini takkan berakhir dgn keindahan andai ada dendam, andai hati sudah busuk, andai tiada iman

cukuplah disini, saya tak sempurna, didikan agama kurang, kasih sayang kurang, saya hanya ada riang utk bekerja kerana tujuan saya utk jadikan mak abah saya mcm org lain, tp kini saya ada anak, sy dah cuba berikan anak saya apa yg anak org lain ada terutama kasih sayang dan doa seorang ibu.

*cerita ini hanyalah rekaan semata-mata okee

Sunday, March 17, 2013

hati tgh berdarah! jiwa tgh marah


Hey! Kau dan kau dan kau!

Dengar sini baik-BAIK ok!

Jaga sama perangai kau tuh, oter kasi cantek sket. Jgn smpi jari aku berbisa-BISA sama mcm MULUT kau tu. Eh eh eh. Kau dan kau dan kau. Aku bukan nak MARAH, aku Cuma nak kasi CABAI sket ja. Meh sini mulut PUAKA kau, aku nak tumbuk buat asam PEDAS. Biar kau makan sendiri rasa PANAS. Hey hey dan hey, dah lama aku tak meluah disini tapi kali INI aku dah rasa SAKET sgt. Dah tak terPUJUK dan takkan MENYERAH. 

Ok FINE! Kalu kau nk warning aku yg KAU tak HERAN dgn PEREMPUAN. Fine la bro. Gua tak KISAH pom pom pom#lu potong-POTONG itu dadih LEMBIK boleh la, tp lu mau potong-potong gua punya cakap? Lu silapp la. !@#$%^&*. 

Kau cari aku. Dan kau jumpa aku. Dan kita kenal-kenal satu sama satu. Dan kita kawen ada anak satu orang. Tp kau masih mcm itu. Ini kali aku nak kasi kau tau, aku bukan lemah mcm dlu. Kau dah paksa aku BANGKIT, kau dah PAKSA aku kenal apa itu. Kau ajar aku, kau PUKUL aku. Kau sayang aku, KAU maki HAMUN aku. Kau CINTA aku, kau menyumpah seranah aku. Kau beri, kau mengungkit seribuuuu. Heloo KAU. Ini cerita kisah kau dan aku. Kau yg memaksa aku BEGINI. Hampir setiap hari kau ungkit aku PENGANGGUR. Heloo sapa yg sedia makan pakai kau di rumah? Sapa yg jaga makan pakai ANAK kau? Sapa yg mengemas, membasuh, mencuci?? Sapa?? Sapa?? BIBIK indon ka?? Bibik kau lepasan sarjana MUDa. Ada bibik kau mintak GAJI? Ada bibik KAU mintak KWsp?? Amik pikiaq la sama beb. Jgn tau CAKAP ja. Hati org kena jaga sama. Pasaipa aku tamau jaga hati hg sama? Pasai hg takpenah jaga hati aku derrr.


HARI ini, TUHAN nak tunjuk depan mata aku, mesej JANDA PERAK masuk depan muka aku, depan MATA aku, jari jemari aku yg tlg balas.. apa ?? apakah ini semua?? Sandiwara?? Sandiwara sapa? Aku? Kau?dia?.................. dan aku merajuk, aku bebai, aku larik masuk dalam bilik, aku kunci bilik, kau ada apa? KAU datang bawak power, tendang2 pintu, amik kunci SPARE, kau bukak terus melulu masuk tendang katil, baling bantai, baling henpon, SAKIT we! Tak abis lagik, kau tampar2 badan aku. Ha nak sgt aku saket kan, TUNGGU! Aku tolong amikkan pisau utk kau bunuh terus ja aku. Senang! 

Cakap POLIS tp pukui bini. POLIS apa mcm ni??
 Kau ptut tau undang-UNDANG, jgn tau p keja mengatai dengan janda orggg ja.. HOKEY!!!

Ok MAAF! Akutau ayat aku kali ni macam HARAM tp aku yg MERASA keperitan ini, so aku LAYAK bersuara. Ha takperlu nk kata aku bukak cerita, aib sendiri ka apa! Blog ni mmg KHAS utk aku lampiaskan luahan hati aku! Kalu kau dan kau dan kau terasa! HAMBEKKKLahhh..

Dan hari esokNYA. Aku CUBA maafkan kau kerna aku masih INGAT jasa kau sebagai SUAMI. Kau bg aku MAKAN< MINUM< TIDOR< PAKAI sepanjang aku bergelar ISTERI. Walaupun kau sering ungkit suma ni tp aku kira JASA kau jugakklah sbb aku bukan zalin dan tak mengenang BUDI.


cerita ni dari kawan aku: dan aku tlg sampaikan supaya si PELAKU tu sedar dirinya






terima KASIH anakku sayanggggg


Sunday, February 24, 2013

#malam#yang#suram#

ok. SERIUS. aku rendu gelak tawa aku sendiri.
oh apa yg aku mengepekkk nih. gelak tawa sendiri??ngeeee
kau tau: aku asyek menangis ja. semuanya serba tak kena
dari mana hadirnya "ketidakhadaman" kasih sayang ni tatau lah.

ok. kau boleh cakap kan. tak payah nak tengking2 bagai
ok kau baik tp kau menyakitkan#mulut kau berbisa lebih berjuta kali ganda dari ular tedung HITAM

2013
aku nk ja cakap "tolong jaga perasaan aku!"
kau baik dan baik tp sifat kau suka merendahkan org lain, suka menengking
buat aku makin tak selesa!!!!!!!! tak selesa !!!!!oiiiii tak selesa!!

hati ini berbicara dimanakah salahku??
salahkah aku mencuba menjadi seorang yg bertanggungjawab??
aku cuba masak, mengemas, jaga anak mcm yg kau nak
tp ada kau penah hargai??

PARt 1

kau igt tak, ada satu hari, kau blk keja PENAT dan dgn muka selambanya kau kata "oi tak reti kemas rumah ka?". menyirap darah aku, tp aku terima dgn positif sbb time tu barang2 anak kecil SAHAJA yg memenuhi ruang tamu sbb aku "berkampung" disitu. yg lain baru saja aku kemas. seingat aku tak penah lg aku tak bgn pg kemas umah, setel dapur n kemas baju. setiap hari rutin aku berjalan mcm tu walaupun aku tak biasa tp aku mencuba membiasakannya!

PARt 2

ok kau bg aku hadiah mahal
aku gembira tersenyum kebendaan
TERIMA KASIH

tp aku kekurangan keikhlasan
ada kau bg aku kejujuran?? aku tak mampu tersenyum kebahgiaan!!!
bila saat aku melihat kau menelaah wajah-wajah bidadari yg seksi bagai cantik bagai
aku rasa lemah longlai
tp aku cuba memujuk hati kecilku ini menerima segala ketentuan ilahi
aku belum cukup sempurna utk menjadi tatapan kau


PARt3

kisah malam ni sgt menyayat hati
aku sering kena tengking depan baby kita yg baru lahir
aku malu dgn anak kecil ni, walaupun dia kecil tp dia terpaksa melihat ibunya memendam kedukaan
melihat bapanya yg "BERGAYA dgn ketegasan"
hanya anak kecil ini yg memahami hatiluka ku ini



UBAt aku

setiap hari aku menangis dibahunya
dia tersenyum dan cuba membuat aku tersenyum bersama
dia membuatkan masa aku terisi PENUH dgn karenahnya
syukur ya ALLAH

Thursday, February 7, 2013

2012?? ops dah terlepassss. heeee


such impossible things!
marriages? pregnant? son? study? exam? practical? internship ?kursus? on de same time??? macam tak pecaya kan but all de things already happen. and now aku dah dalam 2013.. setahun dah abes mcm tu ja..

ok actually mcm2 story happen on 2012, but aku ja yg tak sempat nak update blog. totally busy sampai aku tak sempat nak menaip pun. yeahhh..

ni pun nasib baik hero dah lelap but kena jaga2 sebab anytime ja dia buleh terjaga. baby kan, musti comei n need full attention tak kisah lah waktu mana, ikot mood dia ja nk bgn or jaga :)

ni baru beginning, lepas ni ada mcm2 lg cita nak share ngan kau blog.. ngeee ~
tguuuuuuuuuuuuuuuu

Wednesday, November 16, 2011

hati lara

belum hilang lg inai di jariku,
sudah menyembah bumi airmataku,
sguh kan org tua2 slalu kata,
berkawin ni byk dugaannya.. hidup tak selalunya indah

actually takdak apa2 mslh antara aku dan dia
cuma aku mungkin tak pernah terpikir yg dia lebih pentingkan masanya
aku sedar aku tak seberapa,
mungkin aku terlalu mengharap belai kasihnya
byk tahun lg nk bersama, mungkin dia tak mau nk guna sepenuhnya
tp aku teringin nak jadik seperti mimpi2 aku

hey,
aku cinta kau seadanya.. aku sayang kau segalanya...
cintaku aku ikhlas, kasih ku jujur tanpa ada batasnya..

tp knp aku takdapat nak rasa segalanya????
mungkinkah masih terlalu awal untuk aku merasa???
mungkin ini hanya mimpi??
aku dah menjadi seorang isteri??
wajarkah aku bersuara mengenai masa??

wey,
tak sedarkah kau sudah berdua??
tolonglah sayangi aku seadanya..
berikanlah aku masa, masa tuk rasa disayangi..
masa tuk rasa dikasihi..

adakah terlalu awal hubungan kita ini?
mungkin kah kau juga tak bersedia seperti mana aku yg sedang mencuba??
maafkan aku cukup trasa dgn segalanya..


maaf skali lg
kasih yg kau labur di dalam cintaku
masih belum cukup, masih belum kuat
aku perlukan kasih seorang suami yang setiap saat nafasnya berlalu bersama nafasku
walau kita berbeza dgn org lain, tp aku nak bahgia

pintaku,
bahgiakanlah aku sementara aku dipinjam kpdmu
saat KEKASIHKU menjemputku
bahgiamu tak ku perlukan lg sayang...

hati kena tabah, jiwa kena pasrah
aku mulai merasa kosong walaupun hadirnya dirimu sayang (sbb kau ada depan aku tp kau lebih pentingkan apa yg kau minta dari aku)
adakah aku ni umpama sampingan? memuaskan nafsu? menjadi hamba?
atau sekadar peneman bicara tika kau perlukan aku?????

Ya ALLAH,
ampunkan lah dosaku
sekiranya rasa ini terbuku dihati,
hilangkanlah hatiku ini, agar tiada sedikit pun rasa ini meragui kasih suamiku..
berikanlah aku kekuatan agar aku mampu menempuhi cabaran dan dugaan yg mendatang
agar aku tabah dan cekal bergelar seorang isteri

amin..